Pasukan Gerak Khas bagi menghadapi Monsun Timur Laut, Rapid Emergency Deployed atau MTL Red Team, dilancarkan pada Jumaat bagi memantapkan lagi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan itu diletakkan di seluruh negara.