Sindiket Tipu Kerja | Empat lagi mangsa pulang ke Sabah

AWANI 2022-10-27

Views 0

Empat lagi mangsa sindiket penipuan kerja daripada Sabah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis selepas berjaya menyelamatkan diri ke pejabat Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, Kemboja.

Menceritakan pengalaman mereka kepada media, mangsa yang enggan mendedahkan nama berkata, kawalan ketat oleh sindiket bersenjata menyukarkan usaha melarikan diri selain terpaksa menyaksikan kematian mangsa dari negara lain di depan mata.

Share This Video


Download

  
Report form