Pakar alam sekitar mencadangkan agar kerajaan yang dibentuk pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) nanti membuat satu sesi jelajah atau 'town hall' berkaitan pencemaran Sungai Kim-Kim.
Ia bagi menerangkan kepada komuniti khususnya di kawasan sekitar mengenai pelan jangka pendek dan panjang, agar insiden pencemaran tidak berulang lagi.