Remaja baling pisau mengaku tidak bersalah

Sinar Harian 2022-10-26

Views 1

Remaja baling pisau mengaku tidak bersalah

BERITA SEMASA 26 OKTOBER 2022

Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Juvana pada Rabu, atas tindakannya membaling pisau kepada adik lelakinya hingga menyebabkan kematian tanpa niat di rumah mereka di Kampung Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, Johor pada 19 Oktober lalu, lapor wartawan Sinar Harian, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu membuat pengakuan berkenaan setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Kes berkenaan yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan juga telah dipinda kepada 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://bit.ly/3DaMK46

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form