Angka kanak-kanak yang terkorban akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI) di Indonesia meningkat kepada 133 berbanding 99 orang yang dilaporkan sebelum ini.
Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin, berkata kematian itu adalah antara 241 kes di 22 wilayah dan kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun.