PRU15: Tun M tak kisah dituduh tak tahu malu, jilat ludah semula

Sinar Harian 2022-10-21

Views 1

PRU15: Tun M tak kisah dituduh tak tahu malu, jilat ludah semula

BERITA SEMASA 21 OKTOBER 2022

Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah dituduh tak tahu malu dan jilat ludah semula demi mengembalikan kerjasama bersama 'bekas musuhnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi PH.

Menurut Presiden Pejuang itu juga, beliau yakin Datuk Seri Anwar juga mempunyai matlamat perjuangan politik yang sama, iaitu ingin menyekat segala tindak-tanduk yang mampu merosakkan negara.

Dalam masa sama, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut merujuk kepada kejatuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai satu kejayaan.

Artikel: https://bit.ly/3gvCewA

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form