Deepavali | 1.9 juta kenderaan di jangka guna lebuh raya

AWANI 2022-10-21

Views 0

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Oktober.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pihaknya mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka selain membantu syarikat konsesi lebuh raya itu mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.

Share This Video


Download

  
Report form