Banyak faktor yang digunakan dalam menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya kerana prosesnya berlandaskan undang-undang selain memberi keselesaan kepada rakyat selaku pengundi, kata Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata demikian dalam program #MalaysiaMemilih yang membincangkan bagaimana untuk memahami proses pilihan raya di negara ini.