Menteri Pendidikan tak boleh campur tangan kes Cikgu Fadli

Sinar Harian 2022-10-18

Views 1.9K

Menteri Pendidikan tak boleh campur tangan kes Cikgu Fadli

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2022

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan, beliau tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, beliau enggan mendedahkan keputusan tersebut kerana ia bukan berada dalam bidang kuasanya.

Katanya, ada batasan antara beliau dengan kes berkenaan dan keputusan akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan pada hari ini.

Artikel: https://bit.ly/3s1Q2l0


Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form