Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada tekanan daripada mana-mana pihak kepada Umno bahagian untuk mengisytiharkan sokongan kepada dirinya sebagai perdana menteri.
Menurutnya, tindakan bahagian-bahagian berkenaan adalah selaras dengan ketetapan Majlis Tertinggi Umno sebelum ini untuk menjadikannya sebagai calon perdana menteri jika Barisan Nasional memenangi PRU15.