Kekurangan kelengkapan bekerja menjadi antara cabaran terbesar bagi warga emas di Kampung Rampayan Laut, Menggatal dalam mencari rezeki.
Namun, itu bukan alasan mereka untuk tidak berusaha demi kelangsungan hidup.
Bagi mereka yang bekerja sebagai nelayan, laut merupakan lubuk mata pencarian rezeki mereka.
Pada masa yang sama, mereka mengharapkan agar nasib mereka tidak dipinggirkan kerajaan baharu menerajui kerajaan pusat selepas PRU15.