PRU15: Warisan tanding semua kerusi di Sabah
BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2022
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan parti itu akan bertanding di semua 26 kerusi Parlimen di Sabah termasuk Labuan pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.
Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu turut berkata, ia adalah untuk menstruktur semula pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat negeri Sabah.
Menurut Mohd Shafie, senarai calon sudah disediakan di mana ada gabungan muka baharu dan lama selain melihat kepada gender untuk diketengahkan pada PRU15 kali ini.
Artikel: https://bit.ly/3RVaBKo
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa