Tanah adat lebih 30 tahun dirampas?
BERITA SEMASA 11 OKTOBER 2022
Kira-kira 100 penduduk dari beberapa kampung di Pitas, Kota Kinabalu, Sabah hadir di hadapan bangunan Menara Kinabalu, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah untuk menyampaikan memorandum merayu campur tangan kerajaan negeri berhubung isu pemilikan tanah mereka.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Niatang, Hollynah Mopuas berkata, mereka mahu campur tangan pihak kerajaan Sabah berhubung isu pemilikan tanah yang didiami kira-kira 500 penduduk sejak 30 tahun lalu selepas dimaklumkan tanah berkenaan milik sebuah syarikat.
Memorandum berkenaan dihantar ke Pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan diterima oleh wakil Ketua Menteri Sabah.
Artikel: https://bit.ly/3Vj8piT
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa