Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengetatkan peraturan pemilikan senjata api dan membanteras penggunaan dadah.
Arahan dikeluarkan berikutan insiden pembunuhan beramai-ramai oleh seorang bekas polis di pusat jagaan negara itu yang mengorbankan 36 orang, termasuk 24 kanak-kanak.