PRU15 | Agong tiada pilihan lain, mahu kerajaan stabil

AWANI 2022-10-10

Views 0

Biar pun kecewa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Share This Video


Download

  
Report form