Najib boleh hadir sidang Parlimen: Azhar
BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2022
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadiri persidangan Dewan Rakyat namun tertakluk kepada kebenaran pihak penjara.
Beliau berkata, kelayakan Datuk Seri Najib hanya akan ditarik balik selepas permohonan pengampunan ditolak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam mengenai status bekas perdana menteri itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen