Timbalan Gabenor Jawa Timur mengesahkan angka kematian akibat rusuhan pada perlawanan bola sepak di wilayah Jawa Timur Indonesia pada Sabtu itu, adalah seramai 125 orang.
Jelas Emil Dardak, ia berkurangan berbanding laporan asal yang menyebut seramai 174 mangsa terkorban selepas pihaknya membuat pengiraan semula.