Meskipun perjanjian kerjasama berbaki kira-kira empat tahun lagi, pasukan Mercedes AMG Formula One menyatakan komitmen dengan memperbaharui kerjasama dengan syarikat Petronas bermula 2026.
Ini sekali gus membuktikan keyakinan daripada kedua-dua pihak atas kejayaan yang dilakar selama ini dengan Mercedes mencipta kemenangan pertama sejak bekerjasama dengan Petronas.