Semua institusi pendidikan Islam di negara ini diminta menjaga nama baik agama ketika menjalankan kerja dakwah dalam kalangan penghuni mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
Menurutnya, sebarang tindakan yang merosakkan imej, walaupun dilakukan oleh sebuah institusi akan merosakkan imej keseluruhan institusi.