Kes gangguan seksual: Saksi nafi ada konspirasi jatuhkan reputasi Ebit Lew
BERITA SEMASA 28 SEPTEMBER 2022
Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu menolak cadangan peguam bela di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah hari ini bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Mohd Fairuz menjelaskan dia tidak pernah menyiarkan lagi hantaran berkaitan kes gangguan seksual membabitkan Ebit selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita pada 7 Ogos 2021.
Perbicaraan hari kedua Ebit ditangguhkan pada Rabu dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Khamis di mana pihak pendakwaan dijangka memanggil dua saksi baharu.
Artikel: https://bit.ly/3Sj2hW8
#BeritaSemasa #KesGangguanSeksual #EbitLew #SinarHarian