Pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Parlimen Batu Sapi berharap pucuk pimpinan GRS mengenengahkan anak tempatan sebagai calon bagi mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Bagi mereka, sudah tiba masanya anak tempatan diangkat berbanding calon luar, sekaligus menepati kehendak dan aspirasi rakyat kawasan tersebut.