Pelaburan dalam kalangan anak muda masih lagi dianggap baru dan kurang dipraktikkan kerana kebanyakan mereka takut akan risiko. Walau bagaimanapun, jika anak muda bijak membuat percaturan, inisiatif ini akan berikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang.
Ikuti temu bual hos Nina Rizman dan Nabilah Khaleeda bersama Ketua Pegawai Ekskutif Ethis Malaysia, Wan Dazriq, serta Lennise Ng, Pengasas Dropee untuk membincangkan lebih tentang perkara ini.