Iran menyaksikan protes berterusan, dengan yang terbaharu penunjuk perasaan membanjiri perkarangan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Tehran bagi menuntut keadilan buat Mahsa Amini.
Mahsa Amini, gadis berusia 22 tahun terbunuh ketika dalam tahanan polis moral Iran pada 16 September lalu kerana didakwa melanggar peraturan bertudung negara itu.