Lebih 25.8 juta ringgit nilai jualan direkodkan menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) sejak ia dilaksanakan pertengahan Ogos lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol wahid berkata dalam tempoh itu, lebih 1.04 juta pengguna telah menerima manfaat JMKM yang disasarkan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.