Presiden Iran berikrar negaranya serius untuk memulihkan perjanjian bagi menyekat program nuklearnya, namun mempersoal komitmen Amerika Syarikat terhadap sebarang perjanjian.
Ebrahim Raisi ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB ke-77 berkata, fasa rundingan perjanjian itu kini menghadapi detik terakhir untuk mahu atau tidak melaksanakannya.