Kerajaan akan terus mempergiat usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jumlah keseluruhan laporan kes sindiket penipuan yang diterima sehingga hari ini ialah 301 melibatkan negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.