Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada Isnin.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang.