Seorang pemandu maut selepas dipercayai tercampak keluar dari treler yang terbabas di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Terowong Menora, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
Mangsa yang dikenali Budi Abd Rahman, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.