Sejarahnya, hubungan diplomatik antara Soviet Union, kini Rusia, dengan Malaysia hanya terjalin pada tahun 1967.
Namun, sebelum itu terdapat beberapa tokoh ilmuwan yang berminat dengan Malaysia dan mereka berusaha gigih untuk memperkenalkan budaya Malaysia serta bahasanya kepada orang Rusia.
Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Dr. Boris Parnickel.
Usaha beliau kini diteruskan dua sarjana Rusia, Prof Madya Dr Victor Pogadaev dan Prof Madya Dr Kukushkina Evgeniya.
Editor dan Penerbit Awani Pagi, Dr Azlinariah Abdullah menemui kedua-duanya di Moscow, Rusia untuk menyelami sejauh mana perkembangan minat warga Rusia terhadap Bahasa Melayu sehingga membawanya ke persada dunia.