Roger Federer umum akan bersara daripada arena tenis profesional selepas tamat saingan Piala Laver di London minggu depan.
Pemain legenda tenis dunia itu tidak beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan dalam suku akhir kejohanan Wimbledon tahun lalu, dengan dia kemudian menjalani pembedahan lutut buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan.