Sudah tiba masanya bagi negeri Sabah untuk meneliti kawasan-kawasan yang padat penduduk untuk ditambah kerusi Parlimen.
Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, mengambil contoh Parlimen Sepanggar yang mempunyai kepadatan 107,000 penduduk.
Jelasnya, dengan jumlah itu agak mustahil untuk seorang wakil rakyat mentadbir sesuatu kawasan dengan peruntukan yang diberikan.