Kerajaan Sabah akan meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi bagi memperkasakan produktiviti, daya saing serta pembangunan sektor minyak sawit.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemajuan dicapai dalam sektor minyak sawit serta penambahbaikan kemudahan dan penyediaan insentif oleh kerajaan merupakan peluang baik kepada pemain industri bagi menceburi industri hiliran.