Putera Harry serta isterinya, Meghan Markle menyertai Putera William dan isterinya, Kate Middleton di Istana Windsor untuk melihat bunga-bunga yang ditinggalkan oleh orang ramai sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II.
Kedua-dua putera raja dan isteri mereka meluangkan masa untuk meneliti jambangan bunga itu sebelum menyapa orang ramai yang menutup penghadang jalan di luar pintu gerbang istana pada Sabtu.