Sistem amaran perlu diwujudkan selain memperbanyakkan papan tanda mengenai bahaya kepala air di kawasan rekreasi yang berisiko dilanda fenomena itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, antara langkah lain yang disyorkan termasuk meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap insiden seperti itu.