Raja Charles III menyampaikan titah pertamanya selaku Raja Britain pada tengah hari Jumaat, waktu tempatan, sehari selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Menerusi ucapan berkenaan, Raja Charles memperbaharui ikrar untuk berkhidmat seumur hidup, seperti mana yang pernah diucapkan oleh bondanya pada 1947.
Baginda akui berasa amat sedih akan pemergian ibundanya.