Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan disaran untuk lebih menyelami kekangan segelintir rakyat, sehingga mereka mempunyai masalah kemahiran literasi membaca, menulis dan mengira.
Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan psikologi, Syamim Hashim berkata, keadaan itu lebih buruk jika ia terjadi dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40.