Kerajaan Persekutuan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut yang berusia lebih 400 tahun sebagai monumen kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.