Shahril Hamdan melontarkan cabaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sekiranya bekas Perdana Menteri merasakan parti UMNO 'jahat' dan perlu ditewaskan.
Ketua Penerangan UMNO itu berkata demikian selepas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan kritikan terhadap UMNO dan menyeru agar parti terbesar orang Melayu itu ditolak sepenuhnya.