Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan laporan bahawa beliau sedang sakit dan dirawat di hospital seperti gambar yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Menerusi satu kenyataan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu mengesahkan beliau sihat dan kini berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.