Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu bagi memudahkan orang ramai sebagai penderma organ.
Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, MySejahtera seterusnya akan berhubung terus dengan National Transplant Resource Centre untuk penyampaian kepada pangkalan data yang lebih teratur.