Pakatan Harapan (PH) Sarawak masih membuka pintu rundingan dengan parti lain di negeri itu selain Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya Chong Chieng Jen, meskipun pembahagian kerusi mengikut parti telah dimuktamadkan namun setiap komponen PH Sarawak dibenarkan untuk berunding dengan parti lain bagi berdepan gabungan induk kerajaan negeri Sarawak itu.