Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan yang mengatakan bahawa nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.
Sebaliknya beliau mempersoalkan sama ada maklumat mengenai setiap pangkalan data yang dimiliki oleh pihak penjara selama ini diketahui umum atau sebaliknya.