Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berhubung projek solar di Sarawak.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pembelaan isteri bekas Perdana Menteri itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.