Mahkamah Israel pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang petugas misi bantuan Gaza selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan keganasan dalam kes berprofil tinggi.
Mohammed El-Halabi, Pengarah Gaza Untuk Badan Amal Kristian Antarabangsa World Vision, ditangkap pada 2016 atas tuduhan pecah amanah puluhan juta dolar kepada kumpulan pejuang Islam Hamas yang memerintah wilayah itu.