Meskipun Singapura tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan bermula hari ini, namun Malaysia masih lagi belum memutuskan untuk melonggarkan arahan tersebut.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun negeri jiran berbuat demikian namun tidak semestinya Malaysia harus lakukan perkara sama kerana situasi kedua-dua negara adalah berbeza.