Kerajaan Johor akan mempertimbangkan penggunaan bas klinik kesihatan bergerak di seluruh negeri itu bagi membekalkan khidmat kesihatan kepada penduduk luar bandar, khusus golongan B40.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata idea itu akan dimuktamadkan selepas melihat keberkesanan perkhidmatan itu di Simpang Renggam, dan Sembrong, Kluang, yang akan mula beroperasi September ini.