Jenazah mangsa yang dibaham buaya pada Ahad ditemui oleh penduduk kampung yang turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga di Sungai Pegagau Semporna pada Selasa.
Ketua Balai Bomba Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata, mayat ditemui 800 meter dari lokasi mangsa dibaham buaya di sungai berkenaan pada jam 5 petang sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.