Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, semua perkhidmatan rel merangkumi LRT, MRT dan monorel akan dimulakan lebih awal iaitu pada jam 4.30 pagi.
Rapid KL memaklumkan, warga kota yang ingin ke Dataran Merdeka pada hari tersebut, digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan awam.