Lebih 27 juta pelajar Filipina kembali ke sekolah pada Isnin, selepas dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, hanya 46 peratus sekolah di negara itu dapat mengadakan kelas bersemuka sepenuhnya, sementara yang lain berdepan pelbagai isu seperti kekurangan bilik darjah, penularan COVID-19 dan kerosakan infrastruktur akibat gempa bumi.