Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap menambah baik libat urus dengan pimpinan di peringkat umbi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peniaga dan sebagainya bagi mengatasi isu kos sara hidup.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ia termasuk usaha menangani isu kenaikan harga barangan dan pemberian subsidi.